~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

Sunday, August 16, 2015

Perjalanan D' Muara Marine Park dari Tg.Malim

Part II

Perjalanan ke Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park Sg. Hj. Dorani dari Tanjung Malim ada 3 options sebenarnya berdasarkan waze kesayangan *aten* tu.
Option 1 : 1 jam 34 minit (tanpa melalui tol)
Option 2 : 1 jam 34 minit (melalui tol)
Option 3 : 2 jam 4 minit (melalui tol)

Nampak tak option 1 dan 2 tu ETA (estimation time of arrival) sama?
YE SAMA!
Nak tahu apa bezanya?

Option 1 : 84.6 km
Otpion 2 : 111 km
Option 3 : 153 km

Jauhhhhhhhnyaaaa beza route option 1 dan 2 tu tapi ETA samaaaa T.T

Dan *aten* telah memilih untuk lalu option 1 masa drive dari Tg.Malim ke D'Muara. Ya Allah keadaan jalannya sangat menduga kesabaran dan kesihatan JPX *aten*. Jalan kecik dan banyak area jalan rosak akibat berlaku tanah mendak. Dah la *aten* full on board masa tu dengan Aziz Dr Zainiah dan Dr Mazlina, maknanya kereta berat lah. Kalau bawa laju tu memang hauusss la absorber JPX kesayanganku itu, Ohhh tidak! Tambahan, jalan tu sangat sunyi hokayy! Rasanya kalau buat post-wedd photography kat tengah-tengah jalan tu pun tak de orang kacau. Just lori-lori yang bajet warrior adalah lalu, kenapa *aten* cakap bajet warrior? Sebab bawa lori tak pikir kita yang kecik ni, berdesssuppp je laju. 

Dan satu lagi, perbezaan jarak option 1 dan 2 tu boleh membawa kepada rukhsoh solat tu. Disebabkan *aten* lalu option 1, so *aten* tak dapat ruksoh solat. Researcher lain yang melalui Option 2 laksanakan solat secara rukhsoh.

So, lepas ni kalau nak ke Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park Sg. Hj. Dorani lagi, *aten* tidak akan sekali-kali lalu jalan option 1. Usahhhhh tertipu dengan jarak yang dekat sahaja. Lepas ni kena ambil kira juga ETA tu. Tadi drive balik, *aten* guna route option 2. Fuhhhh jalan clear even kecik pun. Tak de lah kecut-kecut perut masa +Aziz Al Din tu drive tadi. Sompek lah den layan mato lelap kejap kejap. hihihi.





No comments:

Post a Comment